Catatan
Pulau Pinang Mahu Perkongsian Kuasa Dikaji Semula.
Pulau Pinang Mahu Perkongsian Kuasa Dikaji Semula. Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini diberitahu, kerajaan negeri mencadangkan perkongsian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dapat dikaji semula, untuk desentralisasikan.Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata banyak perkara perlu dikaji semula, bagi menjadikan perkongsian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri lebih adil, saksama, dan berkesan demi pembangunan jangka masa panjang Pulau Pinang. Katanya, negeri itu sering dipinggirkan dalam pelbagai perkara sejak 11 tahun lalu, daripada sebarang penganjuran acara-acara berskala besar, sehinggalah membabitkan permohonan peruntukan, yang sering kali dipandang sepi kerajaan persekutuan terdahulu.“Mengikut statistik yang pernah dikeluarkan oleh IDEAS, Pulau Pinang berada di kedudukan ketiga terakhir, iaitu sebelum negeri Melaka dan Perlis, untuk pemberian yang diterima daripada kerajaan persekutuan pada tahun 2016. “Pulau Pinang hanya ...

















