“Menyokong pengekalan kuota ini tidak pula bererti seseorang itu rasis serta bersifat tidak adil kepada pihak lain. Dasar pendidikan kepada semua tidak wajar dipinggirkan pihak Kerajaan. Itu semua hanya sentimen palsu yang dimainkan oleh sesetengah pihak sehingga menimbulkan keadaan tidak senang dalam kalangan rakyat” – Husain Awang. Sumber (gambar): Harakah Daily
Senator Dato’ Husain Awang
POLEMIK yang berlaku dalam negara sejak era Malaysia Baharu menggambarkan terkikisnya semangat ketatanegaraan yang telah lama menjadi pegangan rakyat di negara ini. Isu kuota matrikulasi yang sedang diperdebatkan bukanlah isu pertama yang memperlihatkan terkikisnya pemahaman terhadap perkara ini, bahkan ia bermula sejak pertikaian isu ratifikasi ICERD, pengiktirafan UEC dan sebagainya.Isu kuota kemasukan ke matrikulasi bukanlah suatu isu besar jika semua pihak memahami serta menghormati kontrak sosial, suatu elemen penting dalam pembentukan negara ini. Malah, sejak dari awal, kontrak sosial tidak hanya dipersetujui hanya melalui sebelah pihak iaitu Melayu sahaja. Ia turut melibatkan pemimpin dari bangsa yang lain.
Justeru, adakah sesetengah daripada mereka benar-benar tidak faham atau sengaja bersembunyi disebalik fakta sejarah?Tambahan pula, menghubungkan dua aspek iaitu kuota matrikulasi dengan “Mandarin requirement” dalam sektor pekerjaan bukan sesuatu yang ironi. Ini kerana kedua-duanya menampakkan perbezaan dan ketidakseimbangan yang jelas. Malangnya, pihak yang mendedahkan ketidakseimbangan yang berlaku pula dituduh bermain sentimen perkauman.
Sewajarnya perkara tersebut perlu diteliti demi kebaikan bersama. Dalam keadaan sistem pendidikan negara yang masih tidak berpadu pada satu tiang sama, sesetengah pihak masih menegakkan sesuatu yang tiada asas untuk diketengahkan.
Walaupun bersetuju supaya sistem kemasukan ke IPTA yang melibatkan program matrikulasi dan STPM ini ditambah baik dari sudut kualiti dan kuantiti, namun desakan kepada perubahan kuota matrikulasi tersebut jelas membelakangi semangat ketatanegaraan yang dimaksudkan.
Walau bagaimanapun, menyokong pengekalan kuota ini tidak pula bererti seseorang itu rasis serta bersifat tidak adil kepada pihak lain. Dasar pendidikan kepada semua tidak wajar dipinggirkan pihak Kerajaan. Itu semua hanya sentimen palsu yang dimainkan oleh sesetengah pihak sehingga menimbulkan keadaan tidak senang dalam kalangan rakyat.
Saya berpandangan kesemua kemelut yang tidak perlu ini lahir daripada “kepelbagaian” aliran utama dalam sistem pendidikan negara sehingga menghalang kepada pemahaman terhadap konsep ketatanegaraan, apatah lagi mencapai nilai kesepaduan dalam negara yang berbilang bangsa.
Semua yakin pendidikan adalah nadi penyatuan negara bangsa, namun usah sesekali lupa bahawa neraca pendidikan yang dimaksudkan adalah dirujuk kepada bahasa kebangsaan yang satu, budaya serta nilai sejarah yang sentiasa dipelihara. Persoalannya, adakah neraca pendidikan yang menjadi titik asas kesatuan dilindungi di negara ini?
“Islam Memimpin”
Sumber:
More Exotic Cars
تعليق واحد
Admin
24 ديسمبر 2023 في 2:34 ص
Find Festival Countdown Here !!
إرسال تعليق
FAQ's
LATEST
3-latest-65px
24/7 Support
Our dedicated support is available 24/7.
Message via WhatsApp
Send instant messages & product details through Whatsapp.
Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text.
Melayu Malas Atau Pemimpin Malas
"If you want to build something big, you have to start with a small step!"
It is a long established fact that a reader will be distracted by the readable content of a page when looking at its layout. The point of using Lorem Ipsum is that it has a more-or-less normal distribution of letters, as opposed to using 'Content here, content here'. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since.
Contact Info
Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting has been the industry's.
Video pengajaran
Video pengajaran dari kisah saudagar muslim, Usman Affan, #BMF #BMBF
Recent Blog Posts
Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text.
Ut enim ad minima veniam, quis nostrum exercitationem ullam corporis suscipit.
Web Development
Ut enim ad minima veniam, quis nostrum exercitationem ullam corporis suscipit.
Web Design
Ut enim ad minima veniam, quis nostrum exercitationem ullam corporis suscipit.
App Design
Ut enim ad minima veniam, quis nostrum exercitationem ullam corporis suscipit.
We Are Infity, We Are Best.
It is a long established fact that a reader will be distracted by the readable content of a page when looking at its layout. The point of using Lorem Ipsum is that it has a more-or-less normal distribution of letters, as opposed to using 'Content here, content here'.
Hey there, We are Blossom Themes! We are trying to provide you the new way to look and use the blogger templates. Our designers are working hard and pushing the boundaries of possibilities to widen the horizon of the regular templates and provide high quality blogger templates to all hardworking bloggers!
Like us on Facebook
Wishlist & Checkout page is available for premium users
Buy Now